[VIDEO] Rider big bike maut, tercampak jatuh dari flyover SUKE elak motor lawan arus


  • Tular
  • Rabu, 14 Jun 2023

Keadaan motosikal berkuasa tinggi mangsa selepas tercampak jatuh daripada 'flyover' di susur keluar Lebuhraya SUKE menghala ke Lebuhraya MRR2. — Telegram/Info Semasa Official

SEORANG lelaki maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya tercampak jatuh daripada jejambat (flyover) di susur keluar Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Penunggang berkenaan dipercayai cuba mengelak seorang penunggang motosikal yang melawan arus sebelum terbabas dan terjatuh ke bawah dalam video yang mula tular sejak Rabu.

Mangsa yang difahamkan menunggang motosikal jenis Ducati dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Video tular memaparkan kemalangan ngeri berkenaan dimuat naik menerusi akaun Telegram Info Semasa Official pada Rabu.

Setakat ini, masih tiada maklumat berhubungan identiti mangsa berkenaan dan kenyataan daripada pihak berkuasa.

Berita itu menggemparkan rakyat Malaysia terutamanya golongan rider motosikal berkuasa tinggi rentetan kematian Allahyarham Mohamed Reza Abdul Rashid, 43, seorang rider warga Singapura yang maut dalam satu kemalangan lain di selatan Thailand pada 13 Jun (Selasa).

Mohamed Reza berhasrat untuk menamatkan cabaran Iron Butt SaddleSore yang mana penunggang motosikal harus melengkapkan perjalanan sejauh 1,600 kilometer dalam tempoh 24 jam, namun impiannya itu tidak kesampaian.

Mangsa yang menunggang motosikal berkuasa besar 2021 Ducati Multistrada V4S dilaporkan memulakan perjalanan dari Singapura pada Ahad sebelum difahamkan terlibat kemalangan di wilayah Phatthalung.

Isteri arwah, Cik Huda Lajam menerusi satu hantaran di Facebook mengesahkan bahawa suaminya telah meninggal dunia. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

MENYUSUL...