[VIDEO] Mat-mat rempit 'bersepah', cium jalan berlanggar sesama sendiri atas 'flyover'


  • Benua
  • Ahad, 02 Okt 2022

Tangkap layar video yang memaparkan kemalangan melibatkan sekumpulan mat rempit di Jakarta semalam. — Agensi

SEKUMPULAN 'mat rempit' yang sedang leka berlumba akhirnya kecundang selepas terlibat kemalangan sesama sendiri di atas sebuah flyover di Kuningan, Jakarta, Indonesia pada Sabtu.

Menerusi satu video tular sejak Sabtu, kumpulan 'mat rempit' itu menunggang motosikal dengan laju sebelum seorang daripada mereka terjatuh di atas jalan.

Beberapa 'mat rempit' yang berada di belakang kemudian tidak sempat mengelak sebelum berlaku rempuhan melibatkan penunggang motosikal yang lain.

Setakat ini, polis Indonesia belum mengesahkan sama ada terdapat kehilangan nyawa dalam nahas tersebut.

Sementara itu, Pengarah SDCI (Training Director Safety Defensive Consultant Indonesia), Sony Susmana berkata, motosikal memang dilarang sama sekali untuk menggunakan flyover di sana kerana boleh mengundang bahaya pengguna jalan raya lain.

"Jalan raya tidak boleh digunakan untuk berlumba walaupun dalam keadaan lengang. Perlu berhati-hati setiap kali di jalan raya kerana ada keadaan yang gelap dan disitulah penunggang motosikal boleh terlibat kemalangan jika tidak berwaspada," katanya.

Jelasnya, beberapa faktor lain juga berpotensi untuk menjadi punca kemalangan antaranya pejalan kaki yang melintas jalan raya tanpa menoleh kiri dan kanan hanya kerana beranggapan bahawa jalan raya sudah lengang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram