[VIDEO] Ibarat anak 'daddy Megah Holding', lelaki sut hitam tabur duit tepi jalan


  • Benua
  • Selasa, 24 Jan 2023

Tangkap layar seorang lelaki menabur duit di atas jejambat. — Agensi

SEORANG lelaki menarik perhatian ramai selepas tindakannya menabur duit di sebuah jejambat pada Selasa.

Lelaki yang memakai sut hitam dan menggantung jam dinding di dadanya itu dilihat menabur sejumlah wang dari atas jejambat Mysuru Road di kawasan Kalasipalya, India.

Melalui video berdurasi kurang daripada 30 saat itu memaparkan lelaki berkenaan bertindak menabur wang berjumlah Rs10 (RM0.52) kepada orang ramai.

Perbuatannya itu mencetuskan kekecohan besar di kawasan Kalasipalya yang sibuk.

Lelaki yang tidak diketahui identitinya itu turut dilihat dengan gembiranya melemparkan wang tersebut dari kedua-dua belah jejambat.

Insiden berkenaan menyebabkan jalan raya di kawasan berkenaan ekoran daripada orang awam berebut-rebut mengambil duit itu.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis, Lakshman Nimbaragi berkata, mereka masih lagi menyiasat kejadian tersebut.

"Masih dalam siasatan dan kami akan berkongsi maklumat terkini dari masa ke masa," katanya tanpa menyatakan motif dan jumlah sebenar wang yang dilempar lelaki berkenaan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram