'Penuh sampah, puntung rokok', tuan rumah buat 'house tour' kesan tinggalan penyewa dari neraka


  • Tular
  • Jumaat, 09 Jun 2023

Tangkap layar video memaparkan keadaan rumah di Johor Bahru yang ditinggalkan penyewa dalam keadaan kotor.

TERDAPAT segelintir penyewa yang tidak bertanggungjawab dan dengan selamba meninggalkan rumah sewanya dalam keadaan yang sangat kotor selepas berpindah ke tempat lain.

Malah, ada antara mereka yang digelar 'penyewa dari neraka' gara-gara tergamak meninggalkan rumah kediaman dalam keadaan menjijikkan.

Seperti yang dikongsikan seorang pengguna TikTok, @nooraticanordin baru-baru ini memuat naik video memaparkan keadaan rumahnya yang ditinggalkan dalam keadaan berselerak dipercayai atas perbuatan penyewa rumahnya sebelum ini.

Menerusi video berdurasi 43 saat itu, dia membuat membuat rakaman di sekeliling rumah sambil menunjukkan bilik dan bilik airnya yang penuh dengan sampah sarap.

Bilik sewa yang dipercayai terletak di Johor Bahru, Johor itu hampir penuh dengan sampah seperti puntung rokok, botol air, kain pelikat di setiap inci, dari pintu masuk ke almari, malah di bawah katil.

Tuan rumah yang merakam kejadian itu begitu terkejut melihat bilik sewanya berada dalam keadaan sedemikian dan menggambarkan penyewa itu sebagai penyewa dari neraka.

Pada penghujung video, dia sempat memasukkan foto bilik tersebut sebelum ia disewakan kepada penghuni berkenaan.

Keadaan bilik tersebut sebelum ia disewakan kepada penghuni berkenaan. — TikTok

Rata-rata warga maya yang menyaksikan video itu mengecam tindakan penghuni itu dan ramai yang tertanya-tanya bagaimana dia boleh hidup dalam keadaan sedemikian.

"Terfikir macam mana dia boleh duduk dalam tu, (kalau) aku dah rimas dah," kata Shafri Pri.

"Ya ALLAH, saya pun duduk rumah sewa tapi jaga macam rumah sendiri. Cuma tak mampu nak beli rumah sendiri," ujar Shila Ars.

"Saya setiap bulan akan datang buat spot check, setiap kali dapat kesan kotor ke apa, akan direct tolak," tulis Eyqa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram