[VIDEO] Lelaki mengamuk, bergaduh di Lebuh Chulia angkara mabuk


  • Tular
  • Khamis, 08 Jun 2023

Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki yang dipercayai mabuk ditahan polis di Lebuh Chulia di George Town, Pulau Pinang.

SATU video yang memaparkan pergaduhan berlaku di Lebuh Chulia di George Town, Pulau Pinang menjadi tular selepas ia dimuat naik ke Twitter pada Khamis.

Kejadian itu dipercayai berlaku melibatkan individu yang dalam keadaan mabuk.

Orang awam yang berada di kawasan tersebut difahamkan telah berjaya meleraikan kekecohan yang terjadi di hadapan sebuah restoran.

Dalam video berkenaan, seorang lelaki dilihat terbaring di atas sebuah pasu yang pecah, sambil disaksikan orang ramai.

Turut kedengaran orang awam meminta agar seseorang menghubungi polis berdekatan untuk memaklumkan berkenaan kejadian itu.

"Polis, panggil polis," katanya.

Difahamkan, beberapa orang anggota polis yang berada di lokasi kejadian juga telah menahan lelaki terlibat.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan jumlah individu yang terlibat serta punca sebenar kejadian itu berlaku.

Setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram