[VIDEO] 'Apa special sangat YB Hulu Langat?', pembangkang mahu Sany Hamzan dikena tindakan tegas


  • Politik
  • Rabu, 07 Jun 2023

Tangkap layar persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung pada Rabu.

PERSIDANGAN Dewan Rakyat sentiasa dihiasi dengan pelbagai isu hangat membabitkan Ahli Parlimen yang saling bertelagah dalam satu-satu topik perbincangan.

Terbaharu, Ahli Parlimen Mohd Sany Hamzah (Hulu Langat-PH) diberikan amaran pertama selepas kelakuannya yang mengganggu sidang dijalankan pada Rabu.

Kerap kali menimbulkan kekecohan dan membangkang kenyataan Ahli Parlimen lain mengakibatkan beliau dikenakan amaran oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor.

Namun, hukuman itu kurang dipersetujui oleh sesetengah pihak yang menggesa agar beliau dikenakan tindakan yang lebih berat dan sewajarnya pada ketika itu.

Ahli Parlimen Ronald Kiandee (Beluran-PN) meminta agar YDP Johari Abdul memberikan tindakan yang tegas atas perbuatan Ahli Parlimen Arau itu.

"Sudah banyak kali amaran diberi kepada YB Arau ini, apa istimewa sangat YB Hulu Langat," soalnya di Dewan Rakyat.

Mengambil maklum akan hal terbabit, Ramli meminta semua pihak bertenang selain turut memberikan peringatan terhadap Mohd Sany Hamzah bahawa beliau tidak teragak-agak untuk menjatuhkan hukuman yang lebih berat sekiranya keadaan itu berulang.

Terdahulu, beliau turut terlibat dalam satu lagi isu kekecohan apabila digelar 'budak tak siuman' oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Ia susulan dakwaan Ketua Menteri Besar Kedah yang mendakwa Pulau Pinang sebahagian daripada Kedah yang nyata telah mencetuskan spekulasi daripada pelbagai pihak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram