[VIDEO] 'Anda masih negara membangun,' pelawak Singapura hina Malaysia, jadikan tragedi MH370 bahan jenaka


  • Tular
  • Rabu, 07 Jun 2023

Tangkap layar seorang wanita didakwa menghina Malaysia menerusi satu persembahan lawak jenaka di Singapura.

SEORANG pelawak solo wanita kelahiran Singapura didakwa menghina Malaysia menerusi lawak jenaka yang dipersembahkan dalam sebuah program di negara terbabit pada Selasa.

Wanita terbabit yang dikenali sebagai Jocelyn Chia membuat sketsa komedi berupa penghinaan terhadap negara Malaysia apabila beberapa kali membakitkan isu perkauman serta merendah-rendahkan kemajuan antara kedua-dua negara terbabit.

Dalam satu video berdurasi 1 minit 29 saat yang tular di laman media itu, memaparkan tindakan individu berkenaan yang dilihat sengaja mempersendakan Malaysia.

Antara isu yang dibangkitkan sebagai bahan jenaka dalam persembahan itu adalah berkenaan kemajuan ekonomi Malaysia yang dikatakan lebih rendah berbanding Singapura yang diiktiraf sebagai negara membangun di mata dunia.

Selain itu, Jocelyn turut memetik beberapa isu hangat berkaitan tragedi kehilangan pesawat MH370 yang berlaku pada 2014.

Meskipun mendapat tepukan gemuruh daripada penonton di acara tersebut, rata-rata rakyat Malaysia menggesa agar pihak polis menjalankan siasatan terhadap wanita terbabit yang dilihat menyentuh isu sensitiviti negara serta penghinaan terhadap Malaysia.

Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan polis berhubung perkara itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram