[VIDEO] 'Siuu sikit Dato Seri', aksi PMX layan cucu cuit netizen


  • Massa
  • Sabtu, 03 Jun 2023

Tangkap layar video memaparkan Anwar meluangkan masa bersama cucu-cucunya.

DI sebalik kesibukan menggalas amanah sebagai pemimpin nombor satu negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih sempat meluangkan sedikit masa bersama ahli keluarganya.

Perkongsian video di laman Twitter pada Sabtu memaparkan Menteri Kewangan itu sedang asyik melayan keletah cucu-cucunya bermain bola.

Gelagat Anwar yang mengenakan baju Melayu berwarna hijau dilihat cuba untuk mengacah bola sebelum menendangnya ke arah tiang gol berjaya mencuit hati warganet.

"Sesibuk mana, keluarga adalah segalanya," ciap Mohd Faizal Hassan.

"Umur 75 tapi sepak bola kuat lagi," kata Ssupmee4.

"Siuuu sikit Datuk Seri," tulis papahilman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Anwar Ibrahim, PMX, siuuu, Ronaldo, keluarga, cucu