Kekalkan optimisme kita, jangan 'kenduq' — CEO KDA FC


  • Podium
  • Khamis, 01 Jun 2023

Sekitar sesi latihan KDA FC sebelum menentang Sabah FC. — Instagram/ kedahdarulamanfc

PERTEMBUNGAN menarik antara dua pasukan Top 5 Liga Super 2023 pastinya dinanti-nantikan oleh penyokong bola sepak tanah air.

Pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bakal menerima kunjungan antara pencabar utama Liga Super iaitu skuad Sabah FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah pada 2 Jun.

Perlawanan sengit kedua pasukan itu memberikan tekanan kepada KDA FC untuk membawa pulang tiga mata penuh di laman sendiri apabila ditewaskan oleh Selangor FC dengan keputusan 3-2 pada 24 Mei lepas yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor.

WhatsApp Image 2023-06-01 at 20.28.35

Antara pemain Sang Badak yang bakal beraksi menentang Sang Kenari. Instagram/ officialsabahfc

Menerusi satu perkongsian daripada laman rasmi Facebook Kedah Darul Aman FC, pemilik kelab Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mengatakan bahawa Sang Kenari perlu mendapatkan kemenangan di laman sendiri.

"Perlawanan dan kemenangan menentang Kelantan TRW beberapa minggu lepas di Stadium Darul Aman moga-moga menjadi titik kebangkitan Sang Kenari mengakhiri pusingan pertama pertandingan Liga Super dan memulakan pusingan kedua nanti.

"Perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Darul Aman sudah pasti menjadi penantian ramai peminat bola sepak negara. Persembahan Sang Kenari sewaktu menentang Selangor FC pada minggu lepas pasti menjadi tanda aras baru kepada Sang Kenari sebagai pasukan baru bagi musim 2023.

"Saya mendoakan semoga pasukan kesayangan kita Sang Kenari dan juga peminat serta penyokong Kedah Darul Aman FC sentiasa mempunyai optimisme yang tinggi dan berterusan. Semua kejayaan di dunia terselit dalamnya ciri optimisme," jelasnya.

Selain itu, beliau berkata, penyokong Sang Kenari perlu memberikan sokongan sepenuhnya apa lagi perlawanan yang berlangsung di laman sendiri.

"Apa makna optimisme? Yakin dan mengharap bahawa kita boleh menjadi yang terbaik atau lebih baik.

"Kekalkan optimisme kita semua. Jom kita mai ramai-ramai memenuhi Stadium Darul Aman malam esok. Kekalkan optimisme kita. Jangan 'kenduq'," kongsinyas.

Kedua pasukan itu hanya dipisahkan dua mata menyaksikan Sabah di tangga keempat dengan 24 mata manakala Kedah di kedudukan kelima dengan 22 mata. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram