TBG dapat sentuhan kapten Kelantan FC tidak lama lagi


  • Podium
  • Khamis, 01 Jun 2023

Barisan pertahanan Perak FC dikhabarkan bakal menerima sentuhan tonggak utama TRW. — Facebook/Perak FC

KEMELUT masalah dalaman Kelantan FC nampaknya belum menemukan jalan penyelesaian malah pemilik kelab itu, Norizam Tukiman hanya mengunci mulut.

Masalah dalaman yang semakin menjadi bualan hangat di sosial media itu nampaknya makin serius apabila pendedahan demi pendedahan yang negatif dikeluarkan oleh salah seorang pemain Kelantan itu sendiri.

Bukan itu sahaja, satu persatu pemain The Red Warriors (TRW) mula mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab yang berpangkalan di Pantai Timur itu.

mario 2

Arques dikhabarkan bakal meninggalkan TRW. — Facebook/TRW

Nampaknya, isu tersebut menyebabkan Kelantan bakal kehilangan lagi tonggak utama pada jendela perpindahan kedua nanti iaitu kapten pasukan, Mario Arques.

Pemain kelahiran Sepanyol itu dikatakan bakal menamatkan kontrak bersama TRW pada penghujung Jun ini.

Oleh itu, ketiadaan kapten pasukan TRW itu bakal memberikan sinar kepada skuad Perak FC berikutan khabar angin yang mengatakan Mario Arques akan membantu kelab tersebut.

The Bos Gaurus (TBG) bakal menerima sentuhan pemain berketinggian 1.85 meter itu untuk membantu benteng pertahanan skuad tersebut bagi menghadapi saingan Liga Super 2023.

Arques mencetak gol sulungnya dalam Liga Malaysia (Liga-M) ketika menentang Manjung City FC dalam pusingan ke-16 pada perlawanan Piala FA 2023.

Tambahan pula, pemain berusia 31 tahun itu turut merekodkan dua kali hantaran bantuan ketika menentang Terengganu FC dalam saingan Piala FA dan perlawanan Liga Super semasa berdepan dengan Sabah FC.

Perak FC berada pada tangga ke-11 dalam saingan Liga Super dengan mengutip sembilan mata dan Kelantan FC kedua tercorot dibezakan lima mata. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram