Kapten Marvel tidak dibenar beraksi, fans The Rhinos harap pisang tidak berbuah 2 kali jumpa Sang Kenari


  • Podium
  • Jumaat, 02 Jun 2023

Sekitar sesi latihan pemain Sabah FC untuk menghadapi saingan Liga Super 2023 berdepan KDA FC pada Jumaat. — Instagram/officialsabahfc

SELEPAS ditundukkan oleh skuad Selangor FC pada perlawanan ke-12 Liga Super 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor, pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) perlu mengutip tiga mata penuh agar kekal berada di kedudukan Top 5.

KDA FC bakal menerima kunjungan daripada Sabah FC untuk melengkapkan perlawanan ke-13 Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah pada Jumaat.

Pertembungan sengit antara Sang Kenari menentang Sang Badak bakal menjadi tumpuan penyokong bola sepak tempatan kerana memiliki barisan pemain pertahanan dan jentera serangan yang menampilkan prestasi cemerlang.

WhatsApp Image 2023-06-01 at 22.33.31 (1)

Sekitar aksi perlawanan antara Sabah FC menentang Kuala Lumpur City FC pada saingan Piala FA. Instagram/ officialsabahfc

Namun, bukan itu yang menjadi perbincangan para penyokong tetapi kehadiran pemain kelahiran Kedah, Baddrol Bakhtiar yang pastinya menjadi pemain utama dalam skuad Sabah FC.

Perlawanan antara kedua pasukan itu nampaknya memberikan tekanan kepada penyokong setia Sang Badak berikutan insiden yang pernah berlaku pada perlawanan Liga Super musim lepas.

Baddrol dikecam kerana ketika perlawanan antara Sabah FC dan KDA FC, pemain berusia 35 tahun itu dianggap tidak beraksi dengan cemerlang.

Hal ini kerana, kapten The Rhinos itu teragak-agak untuk menjaringkan gol dan seperti berbelah bahagi antara kedua-kedua pasukan yang menyebabkan Sabah FC terpaksa akur terikat seri 1-1 dalam perlawanan tersebut.

Oleh itu, ramai penyokong setia Sang Badak menyuarakan pendapat mereka agar bekas pemain Sang Kenari itu tidak perlu beraksi dalam perlawanan tersebut.

"BB7, jangan kasi main lawan Kedah, game yang lepas nampak sangat tu," kata Jambang Hitam Kali Bugan.

"Sokong..jangan bagi main Baddrol..nanti dia tanduk keluar bola, takut Kedah kalah," kata Heitin Yusof.

"Betul itu, lawan Kedah jangan kasi turun, dibeli mahal tapi hatinya masih di Kedah, buat apa itu orang tidak ada akal pun boleh tahu pasal masalah tahun yang lalu," kata Halim King. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram