[VIDEO] 'Awak rasa saya ada masa ke?', pelanggan 'ceramah' staf McD bagi makanan tak cukup


  • Tular
  • Sabtu, 03 Jun 2023

Tangkap layar video memaparkan pelanggan lelaki menegur pekerja McDonald's.

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang pelanggan lelaki menegur pekerja di restoran makanan segera, McDonald's apabila pesanan yang dibelinya sebelum ini tidak mencukupi.

Kejadian tersebut dirakam menerusi video berdurasi satu minit 34 saat sebelum ia tular di media sosial.

Menerusi video itu, pelanggan lelaki berkenaan meninggikan suara kepada tiga orang pekerja yang berada di kaunter, sebelum pengurus wanita restoran itu tiba-tiba muncul dari belakang.

Pelanggan itu kemudian menceritakan semula tentang situasi yang berlaku kepada pengurus tersebut.

Lelaki berkenaan difahamkan kembali semula ke restoran makanan segera tersebut gara-gara makanan yang dibelinya menerusi perkhidmatan pandu lalu atau drive-thru sebelum ini tidak lengkap.

Bagaimanapun, pekerja di restoran terbabit dipercayai tidak mengambil serius akan permintaannya untuk menebus semula makanannya.

"Tadi saya beli drive-thru, saya tak dapat double cheese burger. Saya datang sini balik untuk collect satu double cheese burger. Awak rasa saya ada masa ke nak datang sini balik?

"Bila pelanggan datang, makanan yang dipesan tidak ada. Saya dah sampai rumah, makanan tidak ada, saya patah balik (tetapi) macam ini layanan saya?" marahnya.

Bagaimanapun lokasi dan tarikh sebenar kejadian tidak dapat disahkan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang turut mengadu pernah mengalami nasib yang sama seprti pelanggan dalam video berkenaan.

"Aku pun banyak kali kena macam ini, tengok-tengok dah sampai rumah makanan yang dipesan tak cukup," kata army4769.

"Tapi baik tak perlu buang duit di restoran ni. Selalu salah orderlah, order tak cukuplah. Dahlah nk reach out customer susah. Nak tebus balik kesalahan mereka, kita pula yang disusahkan. Lama-lama jadi bosan sampai sekarang dah lama tak makan ni," tulis syahirgawwaz.

McDonald's bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram