Assifuah mengamuk di Likas, fans Kedah buat 'special request' kepada Nafuzi Zain


  • Podium
  • Jumaat, 26 Mei 2023

Ebenezer Assifuah adalah penjaring terbanyak Piala MFL dengan 10 gol setakat ini. — Facebook/KDA FC

EBENEZER Assifuah sekali lagi memperkukuhkan kedudukan selaku penjaring terbanyak dalam Piala MFL selepas dia menjaringkan jaringan hatrik ketika bertemu Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Jumaat.

Kedah Darul Aman FC B yang berkunjung ke tempat lawan berjaya pulang dengan tiga mata selepas menewaskan tuan rumah, Sabah dengan keputusan 3-1 hasil jaringan Assifuah.

Pada minit ke-37 perlawanan, pemain berusia 29 tahun itu tidak menunggu lama apabila melepas satu rembatan voli ke dalam gawang gol pasukan.

349190945_1415129295911598_2369875042549310666_n

Senarai kesebelasan utama KDA FC B ketika menentang Sabah FC. Facebook/KDA FC

Sebelum tamat separuh masa pertama, kesilapan penjaga gol Sabah FC telah menghukum benteng pasukannya sendiri apabila Assifuah menyempurnakan hantaran silang melalui rembatan padu ke gawang gol.

Bersambung separuh masa kedua perlawanan, Sabah FC cuba bankit hasil jaringan bekas pemain KDA FC, Muhd Farhan Roslan pada minit ke-54.

Namun pergerakan lincah Assifuah tidak melepasi pemain-pemain pertahanan muda Sabah gagal apabila pemain kelahiran Ghana merekodkan jaringan hatrik.

Keputusan perlawanan kekal 3-1 sehingga wisel penamat ditiupkan oleh pengadil yang bertugas.

Faizal

Faizal Talib antara pemain yang mendapat perhatian penyokong Kedah. Facebook/KDA FC

Ternyata jaringan hatrik yang dilakukan oleh bekas pemain FC Sion itu menyebabkan penyokong-penyokong Hijau Kuning tidak senang duduk melihat Assifuah terus menjaringkan gol buat KDA FC B.

Disebabkan bermain dengan sangat baik bersama skuad simpanan Kedah itu, penyokong mula membuat permintaan agar penyerang berketinggian 1.76 meter itu digantikan dengan pemain import sedia ada, Willian Lira.

"Cuba bagi dia training dengan pasukan utama, cuba bawa lawan Sabah minggu depan, bagi Lira dengan Balotelli itu rehat," kata Haqeem Firdaus.

"Boleh dah upgrade ke pasukan utama," luah Asrul Hafiz.

"Dah boleh ajak minum-minum kopi dengan skuad utama dah ini," jelas Faz Ril.

"Selain Assifuah, pemain sayap kiri, Faizal Talib itu pun patut bagi peluang skuad utama," ujar Nizam Izham. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram