[VIDEO] 'Itu King TikTokers, mana boleh lawan', Timbalan Speaker bergurau usik Shahidan Kassim ikut trend 'Wes Anderson'


  • Politik
  • Selasa, 30 Mei 2023

Tangkap layar Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Ramli Mohd Nor dalam video dimuat naik di laman TikTok peribadinya.

TIMBALAN Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Datuk Mohd Nor baru-baru ini mengundang perhatian ramai susulan video dimuat naik di laman TikTok peribadinya.

Lebih dikenali dengan perwatakan tegas dan serius ketika dalam persidangan, persepsi itu nyata berubah sebaik beliau membuat rakaman berkonsepkan trend 'Wes Anderson' yang semakin digilai remaja masa kini.

Mendapat pujian ramai, rata-ratanya menganggap Timbalan YDP itu sebagai seorang yang peramah dan mesra untuk dikenali secara peribadi.

Sehubungan itu, Parti Muda Jempol menerusi ruangan komen menganggap Ramli Mohd Nor mempelajarinya daripada Ahli Parlimen Arau.

"Arau ajar main TikTok ya Yb," soalnya.

Membalas tanggapan itu, beliau kemudiannya berkata, "Itu King TikTokers, mana boleh lawan."

Jawapan itu nyata mencuit hati ramai warganet yang rata-ratanya turut bersependapat dengan komen beliau yang menujukan gelaran itu kepada Ahli Parlimen Arau, Datuk Shahidan Kassim.

awaaki

Datuk Shahidan Kassim antara Ahli Parlimen berpengaruh di laman media. — Awani

Ia susulan kredibiliti serta pengaruh diraih bekas Menteri Besar Perlis itu di laman TikTok yang kerap kali mendapat sokongan ramai masyarakat khususnya dalam kalangan pengguna di media sosial.

Lantang bersuara ketika di Parlimen, kenyataan beliau sentiasa menjadi tumpuan dengan telatah serta ucapannya yang disifatkan 'berani kerana benar' oleh sesetengah pihak.

Turut aktif di platform media lain, Shahidan Kassim merupakan antara Ahli Parlimen yang kerap mengadakan sesi siaran langsung di laman Facebook dan jumlah tontonan diraihnya sentiasa melebihi ribuan penonton.

Meskipun begitu, kedua-dua individu berkenaan kekal dihormati dalam kalangan menteri di Parlimen dan video dimuat naik di laman TikTok itu nyata tidak mengubah sebarang pandangan terhadap mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram