[VIDEO] Bekas pegawai tentera dakwa terima hadiah kiswah makam Rasulullah S.A.W dan kaabah, kongsi detik 'unboxing'


  • Tular
  • Khamis, 25 Mei 2023

Tangkap layar seorang bekas tentera Malaysia menerima kain kiswah Kaabah dari Habib Ali Zainal Abidin Al Madhih.

SEORANG bekas pegawai tentera Malaysia menerima kiswah dari makam Rasulullah S.A.W dan kiswah Kaabah yang terletak di atas Hajar Aswad daripada salah seorang lelaki yang mendakwa dirinya keturunan Nabi Muhammad S.A.W iaitu Habib Ali Zainal Abidin Al Madhih pada Selasa.

Mejar (B) Mohd Fitri Shuib yang juga merupakan pengarah urusan di sebuah syarikat perubatan herba di Sungai Petani, Kedah berkongsi detik manis itu menerusi laman TikTok @TuanHutan sebaik penghantaran kain kiswah itu diterima.

Merupakan satu-satunya kiswah dalam simpanan Habib Ali Zainal, kedua-duanya hadiah itu adalah pemberian bermakna buat Fitri dan seluruh warga kerja di syarikatnya.

Menurutnya, kiswah Kaabah itu diserikan dengan sulaman surah Al-Ikhlas di tengah dan terletak betul-betul atas kedudukan Hajarul Aswad di Makkah.

Dalam satu perkongsian di video lain, Fitri sempat membawa kiswah tersebut untuk tatapan ibu bapanya sebelum pemberian itu dipasang bingkai dan diletakkan dalam simpanannya.

Di ruangan komen, rata-ratanya mengucap tanda syukur ke atas ilahi atas perkongsian berita tersebut.

"Bertuahnya, bukan senang nak dapat yang asli lengkap dengan sijil tuan dapat, menitis air mata saya tonton video ini," kata bedun spray.

"Syukur, bertuahnya tuan mendapat kisah Rasul, sunguh syahdu dan hiba melihat kisah yang dikongsikan," ujar Ahzab_01.

"Pak guru saya juga ada kiswah ini, sangat wangi wangiannya, membuatkan kita sangat merindui Rasulullah, mohon dijaga dan disimpan dengan baik sehingga ke akhir khayat tuan," Azam Mior.

Majoriti cuba menghubungi pengarah urusan syarikat terbabit bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pemberian kain kiswah itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram