[VIDEO] Lelaki menyamar pakai baju kurung rompak pasar raya di Kuching


  • Tular
  • Jumaat, 26 Mei 2023

Tangkap layar daripada rakaman video tular seorang lelaki menyamar dengan memakai baju kurung merompak sebuah pasar raya di MJC, Batu Kawah dekat Kuching pada Khamis.

SEORANG lelaki sanggup menyamar dengan memakai baju kurung untuk merompak sebuah pasar raya di MJC dekat Batu Kawah, Kuching, Sarawak pada Khamis.

Kejadian itu turut berjaya dirakam oleh kamera litar televisyen tertutup (CCTV) di premis berkenaan.

Menerusi yang dimuat naik di laman Facebook Borneo Network itu memaparkan seorang lelaki berbaju kurung serta memakai topi keledar penuh datang dari arah luar kedai dan terus menuju ke arah kaunter.

Suspek yang bersenjatakan parang juga turut memakai sarung tangan getah untuk mengelakkan cap jarinya daripada dikesan, seolah-olah sudah biasa melakukan rompakan.

Video berdurasi 42 saat itu turut menunjukkan suspek mengugut salah seorang pekerja pasar raya berkenaan.

Mangsa yang kelihatan panik hanya mampu berdiri mendiamkan diri dan melihat suspek melarikan mesin kaunter wang pasar raya tersebut.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan media dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram