[VIDEO] Isteri terima laporan suami tidak bertugas, rupanya anggota TLDM maut kereta terbabas dalam parit di Sabak Bernam


  • 112
  • Jumaat, 26 Mei 2023

Mangsa ditemui oleh orang awam di dalam parit anggaran kedalaman dua meter.

SEORANG anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut selepas kenderaan dinaiki dipercayai terbabas ke dalam parit sedalam dua meter (m) di Sabak Bernam, Selangor pada Jumaat petang.

Menurut Timbalan Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, kejadian yang berlaku berhadapan Hotel Sri Bernam itu menyebabkan Mohamad Khair Mahat, 28, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata, isteri mangsa menerima laporan bahawa suaminya tidak hadir bertugas pada Khamis, sebelum membuat laporan polis mengenai perkara tersebut keesokan harinya.

"Laporan polis dibuat oleh keluarga mangsa sehinggalah kereta mangsa ditemui oleh orang awam yang memotong rumput berhampiran kejadian tersebut.

"(Mangsa) ditemui oleh orang awam di dalam parit anggaran kedalaman dua meter dalam keadaan terbalik dipercayai terbabas," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Wan Md Razali memaklumkan, pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa dalam kenderaan tersebut setelah dinaikkan menggunakan jengkaut.

4

Mangsa dikeluarkan dari dalam kereta menggunakan backhoe.

"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," jelasnya.

Mangsa merupakan anggota TLDM yang bertugas di Markas Lumut, Perak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram