BANGUNAN Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cawangan Petaling Jaya terbakar pada pagi pada Isnin.
Kejadian tersebut dirakam dan tersebar di media sosial memaparkan kepulan asap tebal memenuhi udara dan beberapa keping cermin premis berkenaan jatuh.
Insiden itu juga menyebabkan laluan di Lebuhraya Persekutuan sesak kerana pengguna laluan itu memperlahankan kenderaan untuk melihat kejadian itu.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.39 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, setelah tiba di kawasan tersebut pada pukul 10.45 pagi, pihaknya mendapati tingkap empat dan lima bangunan tersebut terbakar dan memulakan operasi pemadaman api.
"Api berjaya dikawal oleh pihak bomba pada pukul 11.08 pagi. Tiada mangsa dilaporkan terlibat," katanya pada Isnin.
Difahamkan bangunan terbabit pernah terbakar kali pertama pada tahun 2018. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram