[VIDEO] Restoran di JB nyaris musnah angkara bom buatan sendiri 


  • 112
  • Isnin, 15 Mei 2023

Tangkap layar kejadian seorang lelaki membaling bom di hadapan premis sebuah kedai di alan Abdul Samad, Johor Bahru pada Sabtu.

SEBUAH restoran milik seorang lelaki musnah di bahagian hadapan selepas dipercayai dibaling bom buatan sendiri oleh seorang individu yang tidak dikenali di Jalan Abdul Samad, Johor Bahru, Johor pada Sabtu lalu.

Melalui video tular yang dimuat naik aplikasi Telegram itu pada Ahad itu, difahamkan kejadian berlaku pada pukul 4.15 pagi Sabtu berdasarkan cacatan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) restoran makanan berkenaan.

"Restoran kena baling bom buatan sendiri di Johor Bahru, punca kejadian tak tahu. Teruk bahagian hadapan kedai musnah. Rasanya owner (pemilik) dah lapor polis," tulis individu yang berkongsi video berkenaan.

Dalam video berdurasi seminit itu memaparkan sebuah kenderaan berwarna hitam tiba-tiba berhenti di bahagian hadapan kedai berkenaan sebelum membaling bom tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan menerima laporan tersebut daripada pemilik premis kedai berkenaan.

Katanya, polis menerima laporan daripada pengadu seorang lelaki berusia 35 tahun yang mendengar bunyi letupan yang kuat sehingga beberapa cermin tingkap pecah.

"Hasil siasatan polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan melalui semakan rakaman CCTV mendapati kejadian yang berlaku pada pukul 4.15 pagi Sabtu itu memaparkan sebuah kenderaan berwarna gelap berhenti di hadapan pagar premis berkenaan.

"Suspek keluar dari kenderaan dan melempar objek seperti bom ke tempat premis berkenaan sehingga menyebabkan beberapa kerosakan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambah Raub, tiada kemalangan jiwa berlaku dan pihak polis masih menyiasat punca kejadian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan juga denda.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut boleh menghubungi talian Hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-2182323 atau Inspektor Mohamad Amirul Fikrie di talian 011-35202900. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram