[VIDEO] Hempas daging beku atas lantai, pekerja pasar raya di Kota Kemuning dikecam bisnes cara jijik


  • Tular
  • Selasa, 16 Mei 2023

Tangkap layar seorang pekerja warga asing mencampak daging beku ke lantai di sebuah premis pasar raya dekat Kota Kemuning, Bukit Rimau, Shah Alam, Selangor.

SEBUAH pasar raya di Kota Kemuning, Bukit Rimau, Shah Alam, Selangor hangat diperkatakan di laman media susulan rakaman tular memaparkan pekerja di premis itu melempar dan menghempas daging beku atas lantai kotor.

Perbuatan jijik yang dipercayai dilakukan oleh salah seorang pekerja warga asing tu ternyata mengundang perhatian warganet yang kurang berpuas hati dengan tahap kebersihan serta ketelusan proses jualan bahan mentah di pasar raya terbabit.

Dalam video berdurasi 53 saat itu, individu tersebut dilihat beberapa kali mencampak daging beku itu ke lantai sambil disaksikan pekerja lain.

Melihatkan kepada situasi tersebut, rata-rata warganet menggesa agar tindakan keras diambil oleh pihak berkuasa berhubung kejadian terbabit.

"Tak boleh biarkan perkara ini berlarutan, mungkin daging itu terlalu beku tetapi jangan sampai baling dan jual makanan kotor kepada pelanggan, ini kes aniaya," kata Fazli Mokhtar.

"Hakikatnya ini la cara kerja mereka lagi-lagi pekerja warga asing yang memang tak fikir apa bila bekerja, tahu nak duit dan kerja sambil lewa," ujar Nur Fadhlin.

"Kalau macam ini la gaya dia buat kerja, baik tak payah jual biar boikot pun tak apa kalau macam ini, kita beli harga mahal tapi dia buat macam sampah jijik," jelas DurrahHanani00.

Belum ada sebarang kenyataan polis berkaitan isu terbabit setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram