[VIDEO] 'Kau nampak ke aku buang?', pemuda bengang ditegur buang sampah merata cetus perbalahan di JB


  • Tular
  • Rabu, 10 Mei 2023

Tangkap layar insiden pergaduhan berlaku melibatkan dua individu lelaki di Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor.

BENGANG dituduh buang sampah merata, seorang lelaki bertindak kasar apabila meninggikan suara dan berbalah ketika dirakam oleh seorang individu di Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor pada Selasa.

Ditegur seorang pemuda di kawasan tersebut, si pelaku enggan mengaku kesalahannya sebaliknya terus mempersoalkan tuduhan serta kecaman dilemparkan terhadapnya.

Namun, melihatkan kepada rakaman video tular tersebut, jelas menunjukkan bungkusan sampah yang berada bersebelahan dengan kenderaan si pelaku.

Enggan mengaku kesalahan dilakukan, lelaki berkenaan terus mempersoalkan tuduhan yang dilemparkan dan turut meminta bukti sekiranya ia benar berlaku.

"Saya ada kacau kau ke, kalau nak cari pasal tunjuk dekat alam sekitar, jangan nak suka-suka.

"Kau nampak ke saya buang? Tunjuk saya bila masa saya ada buang, habis tu nak sibuk kenapa?" ujarnya.

Rakaman kejadian berakhir tanpa penyelesaian apabila kedua-duanya kekal berbalah dan sehingga kini belum ada sebarang maklumat lanjut berkaitan isu tersebut.

Tiada kenyataan polis berkenaan perkara itu dan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta tampil membuat laporan di balai berhampiran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram