SEORANG wanita yang memuat naik video 'kentut' dalam sebuah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah sebelum ini akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka di laman media.
Dikatakan berpelakuan biadab dan tidak menghormati aset ketenteraan dimiliki TLDM, individu berkenaan menerima kecaman hebat atas perbuatan dilakukannya.
Sedar akan kesalahan terbabit, wanita tersebut yang dikenali sebagai Eyda menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menghina mana-mana pihak khususnya tentera TLDM.
"Eyda dengan rendah hati memohon maaf kepada pihak TLDM berkenaan 'konten' yang tidak disengajakan dan tiada niat untuk merendahkan kekuatan aset TLDM.
"Saya berharap agar video tersebut turut dipadam agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi dan perdebatan lagi di masa hadapan," ujarnya.
Terdahulu, rakaman tular tersebut turut mendapat perhatian salah seorang pesara tentera dikenali sebagai Fakhrin Tokai apabila mengulas berkenaan perbuatan biadab itu di laman TikTok peribadinya.
Menyifatkan ia sebagai tindakan menghina aset TLDM, mikrofon yang digunakan itu merupakan alat yang dipakai ketika membaca doa dan melaungkan azan ketika waktu solat.
Susulan permohonan maaf yang dibuat, orang ramai diharap dapat menerimanya dengan hati terbuka dan sebarang spekulasi diminta untuk dihentikan segera supaya isu itu tidak berpanjangan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,