[VIDEO] Lelaki terduduk kena belasah, cubaan ragut beg tangan wanita 'makan diri'


  • Tular
  • Isnin, 15 Mei 2023

Tangkap layar video seorang wanita membelasah peragut pada Isnin.

BUKAN sahaja gagal melarikan beg tangan milik seorang wanita, malah seorang peragut turut menerima balasan segera apabila dia dibelasah oleh wanita yang dipercayai mangsa kejadian.

Video tular yang dikongsikan di Twitter itu memaparkan wanita tersebut menendang dan memukul peragut berkali-kali menggunakan beg tangan dalam keadaan marah.

Peragut yang terduduk di tepi sebuah kenderaan dilihat hanya mampu menahan wajahnya daripada dipukul wanita berkenaan sambil disaksikan orang ramai.

Kejadian itu difahamkan berlaku di pekan Rawang, Selangor pada petang Isnin.

Berdasarkan video tersebut, peragut lelaki berkenaan telah berjaya ditahan oleh anggota polis yang hadir tidak lama kemudian.

Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan warganet menyatakan rasa puas hati dengan tindakan wanita yang membelasah peragut itu.

Menurut pengguna akaun Twitter dengan nama Mademoiselle, dia berkata, sebagai mangsa yang pernah diragut di kawasan sama, sehingga kini dia masih lagi trauma untuk membawa beg tangan apabila berjalan di luar.

"Dia (peragut) datang dari arah belakang, ragut beg saya padahal bukan ada duit sangat pun dalam tu, sayangkan telefon (bimbit) semua saja," katanya.

Selain itu, Minji berkata, balasan berat seperti memotong tangan harus dikenakan ke atas peragut sebagai balasan dan pengajaran kepada mereka di luar sana.

"Potong tangan dia. Lepas ini dapat kurangkan kes peragut. Tak hilang 100 peratus pun dah okay, dapat buat rasa takut nak meragut dua tiga kali," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram