[VIDEO] Mak cik hambat peragut sampai jatuh terlentang, duit RM5,000 lesap sekelip mata


  • Benua
  • Selasa, 17 Jan 2023

Tangkap layar yang memaparkan mangsa menjadi mangsa ragut di hadapan rumahnya di Jawa Barat, Indonesia pada Isnin. — Agensi

SEORANG mak cik berdepan cemas selepas menjadi mangsa ragut di depan rumahnya di Delta Pekayon, Bekasi Selatan, Jawa Barat, Indonesia pada Isnin.

Video tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kediamannya memaparkan dia bersama seorang lagi wanita sedang keluar dari kenderaan yang dinaiki.

Namun, secara tiba-tiba datang seorang lelaki dari arah belakang merampas beg yang dipegangnya berisi wang berjumlah hampir 18,000,000 rupiah (RM5,000).

Mangsa kemudian cuba mengejar mangsa hingga terjatuh namun lelaki itu melarikan diri bersama rakannya dengan menggunakan motosikal.

Kejadian itu disahkan berlaku oleh Ketua Polis Bekasi Selatan, Haryono, selepas mangsa membuat laporan berkaitan kejadian itu.

"Menerusi keterangan mangsa, kita mendapati yang suspek telah mula mengekori mangsa ketika dia mengeluarkan wang di bank.

"Tanpa disedari, kedua-dua lelaki itu kemudian mengekori mangsa sehingga ke rumahnya sebelum meragut mangsa ketika dia keluar dari kenderaannya," katanya.

Menurut Haryono, pihaknya sedang melakukan siasatan dan mengenal pasti suspek menerusi rakaman CCTV.

Tambahnya, setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram