[VIDEO] Lori angkut kereta terbalik, trafik sesak 8km di Lebuhraya Seremban-PD


  • 112
  • Khamis, 04 Mei 2023

Tangkap layar insiden kemalangan berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) laluan Seremban ke Port Dickson.

SEBUAH lori pembawa kereta dilaporkan terbalik lepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 263.1 (arah selatan) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) laluan Seremban ke Port Dickson pada Khamis.

Berdasarkan perkongsian Twitter Plusline, setakat pukul 11.22 pagi tadi, kesesakan berlaku di sepanjang lapan kilometer arah selatan sementara trafik dilaporkan perlahan sepanjang empat kilometer arah utara.

Difahamkan berdasarkan status terkini, lorong kanan dan lorong tengah masih ditutup bagi kerja-kerja pengalihan.

Dalam pada itu, PLUS turut menasihatkan orang ramai untuk merancang perjalanan serta mematuhi arahan pengawal dan papan tanda trafik di lokasi kejadian.

Semua pemandu diminta untuk tidak memperlahankan kenderaan semata-mata untuk melihat kemalangan di arah bertentangan dan kekal fokus pada pemanduan ke lokasi yang dituju.

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram