Lengan budak 12 tahun hampir putus gara-gara jaket tersepit rantai motosikal


  • 112
  • Jumaat, 12 Mei 2023

Mangsa menerima suntikan ubat pelali semasa kerja-kerja menyelamat dijalankan.

TANGAN kiri seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Muhammad Hasyir Mohd Falzi tersepit pada rantai motosikal gara-gara ingin mengeluarkan jaket yang tersangkut pada rantai yang sama.

Susulan itu, sepasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang dikejarkan ke lokasi Khidmat Khas Tangan Tersepit di hadapan Balai Raya Sungai Terap, Tanjong Karang, Selangor awal pagi Jumaat.

Dalam operasi menyelamat yang diketuai oleh Komander operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Zuraini Mohamed Rawian itu, pasukan bomba bertindak memotong beberapa bahagian motosikal menggunakan peralatan Road Traffic Accident (RTA) sehingga tangan mangsa berjaya dikeluarkan.

4

Tangan kiri mangsa mengalami cedera parah dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi Jumaat

Mangsa yang cedera parah di bahagian tangan kiri kemudian dibawa kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Hospital Tanjong Karang untuk pemeriksaan lanjut.

Mangsa telah menerima suntikan ubat pelali semasa kerja-kerja menyelamat dijalankan.

Pihak bomba dilaporkan mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan tangan mangsa daripada rantai motosikal berkenaan.

Selepas memastikan tiada sebarang kemerbahayaan di lokasi kejadian, operasi ditamatkan sekitar pukul 7.48 pagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram