[VIDEO] 'Samseng tahi kucing', penghuni flat di Sandakan bengang geng 'mabuk' bikin kecoh tengah malam buta


  • 112
  • Khamis, 11 Mei 2023

Tangkap layar pergaduhan sekumpulan lelaki di salah sebuah kawasan di Sandakan, Sabah pada Rabu.

TULAR di media sosial sejak Rabu memaparkan satu klip video kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki dipercayai berlaku di sebuah kawasan perumahan di Sandakan, Sabah.

Melalui maklumat awal yang dikongsi warga maya menerusi laman Facebook Sandakan Viral, kejadian itu berlaku pada pukul 12.30 malam Rabu yang mana penduduk di kawasan tersebut terdengar bunyi bising pada waktu kejadian.

"Kenapa lagi ini? Berebut gula lolipop kah? Samseng tahi kucing semua," katanya.

Menerusi video berdurasi 21 saat itu, kelihatan beberapa lelaki bergaduh sesama sendiri di sebuah lorong.

Rakaman pergaduhan itu dipercayai dirakam oleh salah seorang penghuni flat di kawasan tersebut.

Seorang pengguna Facebook, Valtinus Jaujus mendakwa pergaduhan itu melibatkan dua kumpulan lelaki yang tidak berpuas hati sesama sendiri.

"Kawan aku cerita yang bergaduh itu semalam macam orang mabuk berteriak sesama sendiri, buat bising sampai orang tejaga dari tidur.

"Macam mabuk pun ada. Macam berlaku di Sandakan sekarang, nak keluar malam pun takut," tulisnya.

Video yang dimuat naik pada Khamis mendapat 2,800 tontonan setakat ini.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram