[VIDEO] Pemandu degil selisih maut, kereta remuk rempuh lori masuk simpang di Mukah


  • Tular
  • Jumaat, 05 Mei 2023

Tangkap layar kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga dan lori kenderaan berat di Mukah pada Jumaat.

SEORANG lelaki selisih maut apabila terlibat dalam kemalangan di sebuah persimpangan jalan di Mukah,Sarawak pada Khamis melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga dan lori kenderaan berat.

Melalui video yang dimuat naik di TikTok @Bosq Projects pada Jumaat, difahamkan insiden kemalangan itu berlaku di sebuah jalan lurus yang mana pada waktu kejadian lori tersebut ingin masuk ke sebuah simpang sebelum pemandu Proton Saga berkenaan hilang kawalan.

Difahamkan, mangsa yang cuba memotong dari sebelah kanan jalan tidak sempat memberhentikan kenderaannnya dan terus merempuh bahagian pemandu lori terbabit.

Impak daripada pelanggaran tersebut menyebabkan kenderaan yang dipandu mangsa remuk teruk di bahagian depan.

Menurut pemilik akaun TikTok berkenaan, mangsa dan pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyalahkan pemandu Proton Saga tersebut.

QaisehCassey berpendapat, pemandu Proton Saga berkenaan seharusnya memperlahankan kenderaan.

"Sepatutnya perlahankan kenderaan, ini suka hati dia nak speeding, memang cari nahas," katanya.

Orangulu87 turut bersetuju dengan pendapat QaisehCassey.

"Perlahankan kenderaan, malang tidak berbau. Nasib dia selamat," katanya.

Sementara itu, Shin Chan pula berkata punca kemalangan itu adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu Proton Saga itu sendiri.

"Ada saksi kata, lori dah bagi signal tetapi pemandu tetap juga nak potong. Dia ingat dia punya Saga itu enjin Ferrari nak pecut laju-laju," katanya.

Belum ada kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram