[VIDEO] Penduduk cemas gajah datang 'beraya', rempuh pagar rumah sampai runtuh di Kluang


  • Tular
  • Sabtu, 29 Apr 2023

Tangkap layar dua ekor gajah liar menceroboh masuk ke kawasan perumahan di Taman Sri Lambak, Kluang, Johor pada Jumaat.

PENDUDUK di Taman Sri Lambak, Kluang, Johor berhadapan detik cemas apabila dihadiri dua ekor gajah liar yang menyerbu masuk ke kawasan perumahan berkenaan pada Jumaat.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada awal pagi dan sempat dirakam oleh seorang individu yang memerhatikan dari jarak jauh.

Sebuah rumah menjadi mangsa kerakusan gajah tersebut apabila dua ekor haiwan itu merempuh pagar besi sehingga ia runtuh sebelum menceroboh masuk ke kawasan halaman rumah.

Dikongsikan di laman TikTok, video terbabit hangat diperkatakan dan menerima lebih 200,000 jumlah tontonan setakat ini.

Selang beberapa minit kemudian, gajah berkenaan kemudiannya beredar dari rumah terbabit dan berlegar di kawasan perumahan tersebut.

Salah seorang penduduk di situ, Scha Iman menggesa pihak berwajib mengambil tindakan segera kerana ia boleh mengancam keselamatan masyarakat di kawasan berkenaan.

"Harap pihak berwajib ambil iktibar dan tindakan tegas, cuba hutan simpan tu tabur benih tebu atau jenis yang gajah boleh makan, sekurang-kurangnya habitat mereka terpelihara dan takda la mereka merayau ke bandar cari makanan," katanya.

"Bahaya, harus ada tindakan segera sekurang-kurangnya penanaman untuk sumber makanan haiwan itu, hutan dah habis diteroka jadi mereka pun hilang sumber makanan," ujar Aamanda.

"Sepatutnya kena telefon Jabatan Perhilitan cepat, kalau dirempuh rumah kayu habis hancur dibuatnya, gajah ini bersifat pendendam, mungkin ada yang tak kena," kata Chicochico.

Belum ada sebarang kenyataan dari pihak berwajib berhubung insiden terbabit dan tiada kecederaan dilaporkan berlaku dalam kejadian berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram