'Mahal tak semestinya cantik', Hannah Yeoh pilih baju kurung RM40, tak pernah tukar sejak 5 tahun


  • Massa
  • Sabtu, 22 Apr 2023

Hannah Yeoh ketika menyampaikan ucapan Hari Raya Aidilfitri di laman Facebook KBS. — Facebook/HannahYeoh

MENTERI Belia dan Sukan Negara, Hannah Yeoh meraih perhatian warganet apabila memuat naik perkongsian mengenai baju kurungnya di laman Facebook peribadi pada Jumaat.

Dalam hantaran tersebut, Hannah dilihat mengenakan pakaian baju kurung biru yang difahamkan telah lama dibeli sejak lima tahun dahulu.

Gemar bersederhana dalam berbelanja, Hannah berpendapat bahawa barangan mahal tidak semestinya cantik dan murah tak bermaksud tidak anggun.

,,

Hannah Yeoh gemar memakai baju kurung biru ini yang dibeli sejak lima tahun dahulu ketika menghadiri majlis ataupun menyampaikan ucapan. — Facebook/HannahYeoh

"Saya sering ditanya mengenai baju kurung saya. Ini baju kurung yang paling saya suka.

"Lima tahun lalu, saya beli kain ini harganya kurang daripada RM40 dan hantar untuk dijahit di Pasar Seni TTDI, kos jahitan lebih kurang RM75,

"Pandangan saya, mahal tak semestinya cantik, murah tak bermaksud tidak anggun.

"Ukur baju di badan sendiri, saya pastikan yang paling penting baju itu selesa dipakai, sesuai dengan saiz badan dan mengikut kemampuan poket saya. Tidak perlu mengikut 'standard' orang lain.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan negara itu turut kelihatan memakai pakaian sama dalam beberapa majlis kerajaan sebelum ini dengan yang terbaharu ketika memberikan ucapan raya di Facebook Kementerian Belia Sukan Negara, (KBS). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram