Skandal seks Exco Melaka: 'Saya tahu asal usul kontroversi ini' - Ab Rauf


  • Tular
  • Selasa, 25 Apr 2023

Tangkap layar perbualan lucah seorang individu dipercayai Exco sebuah negeri dengan wanita simpanan yang kini tular di laman media sosial.

SEORANG Ahli Dewan Undangan Negeri (Exco) dipercayai terlibat dalam salah laku skandal seks bersama seorang wanita, malah makin hangat diperkatakan di laman media sosial ketika ini.

Beliau yang juga merupakan Ketua Bahagian sebuah parti politik di sebuah negeri itu dikatakan terlibat dalam perbuatan melakukan rasuah seks apabila dikatakan memberi sejumlah wang kepada seorang wanita di sebuah lokasi yang tidak diketahui.

Berita itu dikongsikan oleh seorang blogger, Datuk Zaharin Mohd Yasin di laman Facebook peribadinya apabila memuat naik beberapa tangkap layar perbualan 'kotor' dipercayai milik Exco terbabit.

Zaharin yang juga Bekas Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak itu turut mendakwa Exco berkenaan meminta habuan 'jijik' daripada sorang wanita dipercayai skandal yang sudah lama disimpan oleh beliau dan perkara itu dikongsikan sendiri oleh wanita terbabit.

1

3

4

Tangkap layar dipercayai perbualan lucah milik seorang Exco dan wanita simpanannya.

Menerusi perkongsian tersebut, si pelaku yang dipercayai merupakan bekas graduan dari Mesir itu dipercayai memberikan wang kepada pihak ketiga yang didakwa bapa saudara kepada wanita terbabit.

Namun, perbualan lucah dan tidak bermoral itu mengundang seribu satu persoalan tentang perkara sebenar yang berlaku di sebalik perkongsian tersebut.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menganggap kontroversi itu sebagai fitnah dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Beliau berkata, dalam dunia siber dan serba moden ini, pelbagai bentuk fitnah mudah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial.

"Saya anggap itu sebagai fitnah walaupun saya tak nak menafikan benda itu betul atau tidak.

"Sebab pengalaman ini, ramai sudah dapat tahu dan rasanya sama sahaja. Jadi saya pun tahu dan lihat ini adalah permainan musuh-musuh politik," katanya pada sidang media selepas membuat lawatan ke lokasi kematian ribuan ikan di Sungai Melaka pada Selasa.

Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka berkata demikian sebagai mengulas dakwaan bahawa seorang Exco negeri itu terbabit skandal seks dengan seorang wanita seperti mana tular di Facebook sejak Isnin.

Menurutnya, beliau tahu asal usul kontroversi berkenaan selepas melihat dan meneliti perkara yang ditularkan itu, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

Beliau turut menyerahkan kepada anggota Exco terbabit sama ada mahu membuat laporan polis atau tindakan yang difikirkan wajar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram