Tun Mahathir ingatkan orang Melayu usah takut dengan 'gelombang hijau'


  • Politik
  • Jumaat, 28 Apr 2023

Tun Dr Mahathir Mohamad.

TUN Dr Mahathir Mohamad menyeru rakyat tidak perlu takut dengan pengaruh 'gelombang hijau'

Menerusi hantaran di Twitter Tun Mahathir, beliau berkata, Malaysia menyaksikan pembangunan pesat apabila ditadbir kerajaan majoriti Melayu selama 60 tahun.

“Kaum bukan Melayu mencapai banyak kemajuan. Kaum bukan Melayu mencapai banyak kemajuan.

“Tak usahlah cuba menakutkan pemerintahan orang Melayu dengan menconteng mereka warna hijau," katanya menerusi satu ciapan pada Jumaat.

Pas melalui PN sebelum ini dilihat berusaha untuk mengekalkan momentum penguasaan di Kelantan, Terengganu dan Kedah seterusnya menawan Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dalam pilihan raya negeri akan datang.

Difahamkan 'Gelombang Hijau' yang dimaksudkan bekas pengerusi Bersatu itu merujuk sokongan tidak dijangka yang diperolehi Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15 apabila mereka memenangi 74 kerusi, dengan PAS menyumbang 43 dan Bersatu 31 kerusi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram