Seram! Kolej Tingkatan 6 Tun Fatimah Durian Daun persis rumah hantu, PIBG mohon menteri campur tangan


  • Massa
  • Khamis, 27 Apr 2023

Keadaan Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah di Durian Daun, Melaka sangat daif sehingga menyerupai 'rumah agam berhantu'

KEADAAN Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah di Durian Daun, Melaka sangat daif sehingga menyerupai 'rumah agam berhantu'," kata Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Pengerusinya Mak Chee Kin berkata, para pelajar masih tetap menghadiri kelas di sana walaupun keadaan sekolah itu sangat teruk dan menyedihkan.

"Pelajar disini turut berasakan keadaan di sekolah tersebut lebih menakutkan berbanding filem seram, dengan tingkap dan siling runtuh secara tiba-tiba semasa sesi pembelajaran.

"Keadaan tersebut sangat daif namun pelajar di sini tidak mempunyai pilihan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Menurut Mak, sekolah tersebut mempunyai 500 pelajar.

2043636

Guru di sekolah berkenaan mengambil inisiatif sendiri memperbaiki jalan rosak dalam sekolah tersebut.

Dia turut mendakwa mereka sudah menghantar beberapa rayuan untuk membaik pulih sekolah tersebut terbabit ke pihak yang terlibat namun tidak diendahkan.

“Saya telah melakukan beberapa percubaan pada tahun lalu untuk mendapatkan pihak berkepentingan membantu dan menyediakan suasana pendidikan yang selamat dan kondusif tetapi malangnya tiada apa yang dilakukan.

“Kolej itu dibelenggu dengan paip bocor, struktur usang, isu bekalan air, serangan anai-anai, gelanggang bola keranjang yang tidak boleh digunakan, masalah tempat letak kereta dan banjir kilat,” katanya.

Di sebalik cabaran yang dihadapi pelajar, Mak berkata, sekolah itu secara kolektif mencapai keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada 2022.

Katanya, struktur bangunan sekolah itu dibina pada 1960-an dan ditukar daripada sebuah sekolah menengah kepada sebuah kolej Tingkatan Enam apabila sekolah itu menghadapi masalah pengambilan pelajar yang rendah.

“Tetapi kolej yang mempunyai 28 bilik darjah itu sudah lama diabaikan,” katanya.

Mak berkata, beliau berharap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengambil perhatian terhadap keadaan itu dan membantu memperbaiki keadaan di sekolah berkenaan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram