Rasa Ayam Spesial dan Ah Lai White Curry Noodles ada racun perosak, Taipei tarik edaran di pasaran


  • Massa
  • Selasa, 25 Apr 2023

Kedua-dua jenama mi tersebut ditarik balik kerana kehadiran etilena oksida iaitu sejenis racun perosak.

TAIPEI mengenalpasti dua jenis dua jenis mi segera keluaran jenama Asia Tenggara mengandungi bahan yang boleh meningkatkan risiko kanser.

Jabatan Kesihatan TAIPEI berkata, dua produk Indomie: Rasa Ayam Spesial jenama Indonesia dan Ah Lai White Curry Noodles jenama Malaysia ditarik balik kerana kehadiran etilena oksida iaitu sejenis racun perosak.

Kedua-dua produk berkenaan mengandungi bahan yang boleh mengakibatkan penyakit limfoma dan leukemia.

Menurut jabatan kesihatan itu, hasil ujian makmal mendedahkan etilena oksida dikesan dalam mi dan perisa produk Malaysia.

"Manakalan etilena oksida dikesan dalam perisa produk Indonesia.

"Peruncit tempat sampel diambil diminta mengeluarkan kedua-dua produk itu dari rak mereka, dan pengimport produk itu akan didenda antara NT$60,000 (RM8,700) dan NT$200 juta (RM29 juta), kata jabatan itu.

Berdasarkan maklumat dalam laman sesawang Biro Bahan Kimia dan Toksik bahawa Pentadbiran Perlindungan Alam Sekitar peringkat Kabinet, etilena oksida adalah beracun apabila dimakan atau dihidu.

Selain mendorong penyakit limfoma serta leukemia, etilena oksida juga boleh mengakibatkan kerengsaan pada kulit dan mata yang terkena bahan terbabit, malah ia berisiko menyebabkan kecacatan kelahiran serta keturunan.

Ketua Bahagian Makanan dan Ubat-Ubatan, Jabatan Kesihatan Taipei, Chen Yi-ting, berkata pemeriksaan mi segera dilakukan dengan memilih secara rawak 30 produk dari pasar raya, kedai serbaneka, pasar raya besar, pasar basah tradisional, kedai makanan Asia Tenggara dan pengimport borong di bandar itu. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram