Khir Toyo akhirnya buka mulut, rupanya dah lama bercerai


  • Massa
  • Khamis, 20 Apr 2023

Mohamad Khir Toyo mendedahkan bahawa isu penceraian rumah tangganya sudah lama berlaku. — Awani

PENDEDAHAN dimuat naik Zaharah Kechik berkaitan penceraiannya dengan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo pada Khamis nyata mengundang kejutan pelbagai pihak.

Hubungan kedua pasangan itu yang sebelum ini tergantung tidak bertali akhirnya terjawab selepas Zaharah mengesahkan status terkini mereka yang sudah pun bercerai.

Dalam pada itu, timbul pula spekulasi mengatakan perpisahan itu sudah lama berlaku sejak September lalu dan Dr Mohamad Khir mengambil pendirian untuk merahsiakan hal berkenaan.

Mengulas lanjut berhubung perkara tersebut, bekas wakil rakyat Sungai Panjang itu tidak menolak dakwaan terbabit dan mengaku bahawa ia sudah lama berlalu.

too

Mohamad Khir Toyo mengaku bahawa penceraian itu sudah lama berlaku. — Awani

"Kes penceraian itu sudah lama berlaku, kira-kira September lalu.

"Jadi saya tak nak ulas lanjut berkaitan hal itu, jangan keruhkan lagi keadaan. Terima kasih," ujarnya kepada Majoriti.

Justeru, dakwaan mengatakan kedua pasangan itu sudah lama berpisah adalah perkara benar dan diharap semua pihak sedia menerima dengan hati terbuka berhubung kenyataan dikeluarkan kedua belah pihak itu.

Terdahulu, Zaharah Kechik menerusi Facebook peribadinya memuat naik perkongsian berkenaan hubungan dengan bekas suaminya.

Beliau dan Dr Mohamad Khir Toyo telah pun sah bercerai dan meminta orang ramai tidak menimbulkan sebarang fitnah di masa hadapan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram