[VIDEO] Imam surau mangsa langgar lari, parah dirempuh selepas solat Aidilfitri di Pontian


  • Tular
  • Sabtu, 22 Apr 2023

Tangkap layar kemalangan membabitkan seorang lelaki dipercayai imam di sebuah surau dekat Kampung Parit Haji Yusuf, Benut, Pontian, Johor.

SEORANG lelaki dipercayai salah seorang imam di sebuah surau dekat Kampung Parit Haji Yusuf, Benut, Pontian, Johor cedera parah akibat dirempuh kereta dari arah belakang pada Sabtu.

Kejadian itu dikatakan berlaku sejurus mangsa selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Menerusi video dirakam, mangsa kelihatan berjalan di tepi jalan sebelum kenderaan terbabit yang dilihat bergerak dalam kelajuan tinggi terus merempuh mangsa hingga terkulai di lokasi kejadian.

Rakaman berdurasi 33 saat itu tular di laman Facebook dan menerima lebih 10,000 jumlah tontonan setakat ini.

Difahamkan, mangsa kini sedang menerima rawatan di hospital dan si pelaku gagal dikesan penduduk selepas berjaya meloloskan diri dalam insiden terbabit.

Heboh di media sosial apabila ada warganet mendakwa kemalangan itu seperti disengajakan kerana kenderaan terbabit dikatakan mempunyai berniat jahat apabila melanggar mangsa di tepi jalan.

Namun, belum dapat dipastikan kesahihan dakwaan tersebut dan belum ada sebarang kenyataan polis berhubung kejadian itu setakat ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta hadir ke balai polis untuk membuat laporan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram