[VIDEO] Polis kesan individu main mercun di balkoni di Meru


  • 112
  • Rabu, 19 Apr 2023

Tangkap layar seorang lelaki bermain mercun di balkoni sebuah pangsapuri di Meru, Ipoh yang tular di media sosial.

POLIS kini sedang mengesan seorang lelaki yang bermain mercun di balkoni sebuah pangsapuri di Meru, Ipoh, Perak selepas video perbuatannya tular di media sosial

Melalui video yang dimuat naik di laman Twitter Megatz pada Selasa memaparkan seorang lelaki bermain mercun di balkoni tingkat atas sebuah pangsapuri yang terletak di Meru, Ipoh.

"Lagi kes bakar mercun dari tingkat atas pangsapuri. Kali ini dari penghuni R*******i P***A Meru, Ipoh. Pelaku dari level 2* blok A (berdasarkan perbualan penduduk dan video).

"Minta perhatian @PDRMsia. Kejadian sudah berlaku dua malam berturut-turut," tulisnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan mengesahkan menerima satu laporan berhubung kejadian tersebut.

"Pasukan penyiasat sedang mengesan individu yang kelihatan sedang bermain mercun di dalam video yang tular tersebut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan (Mudarat Awam) dan Seksyen 4 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 (Membakar mercun sehingga mendatangkan mudarat awam)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Yahaya turut menasihatkan orang ramai supaya lebih bertimbang rasa dan berwaspada terutama ketika bermain mercun dan bunga api.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa bersikap bertimbang rasa, bertanggungjawab dan berwaspada semasa bermain mercun pada musim perayaan ini demi menjamin keselamatan diri, nyawa serta harta benda orang ramai.

"Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat kanan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ipoh, Fadli Ahmad di talian 019-2500019 untuk membantu siasatan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan