[VIDEO] Satu geng mercun ‘attack’ rumah di Gombak, gadis dan remaja lelaki cedera di paha dengan telinga


  • 112
  • Ahad, 09 Apr 2023

Tangkap layar keadaan rumah mangsa yang dibaling mercun oleh suspek (kanan) sehingga menyebabkan kecederaan.

POLIS kini sedang mengesan sekumpulan individu yang disyaki bermain mercun sehingga menyebabkan kecederaan dua orang awam dalam satu kejadian di Kampung Changkat, Gombak, Selangor pada 31 Mac lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad berkata, pihaknya mengesan rakaman video kejadian berkenaan yang tular sejak Jumaat memaparkan sekumpulan individu bermain mercun dengan menghalakan ke sebuah rumah.

“Hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku pada pukul 12.05 tengah malam pada 31 Mac lepas menyebabkan seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 19 dan 24 tahun cedera di paha dan telinga,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Noor Ariffin berkata, usaha mengesan suspek masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435/324 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Nur Atikah Adnan di talian 018-3648044 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram