Lokasi strategik di tengah kota, Agile Property tawar kediaman tanpa pendahuluan


  • Bizz
  • Isnin, 17 Apr 2023

Kolaborasi Agile Property dan Maybank Islamic menawarkan kediaman istimewa di kawasan tumpuan perniagaan (CBD) Kuala Lumpur.

SYARIKAT hartanah, Agile Property berkolaborasi dengan Maybank Islamic bagi menawarkan ruang kediaman istimewa menerusi program pemilikan rumah HouzKEY.

Projek perintis di kawasan tumpuan perniagaan (CBD) Kuala Lumpur, ia menawarkan pelan pemilikan rumah yang lebih mudah dan mampu milik untuk orang ramai memiliki kediaman idaman mereka.

Mempunyai tiga keistimewaan utama, tawaran ini merangkumi bantuan pembiayaan sepenuhnya buat pemohon, sifar kadar pembayaran semasa proses pembinaan dan bayaran faedah bulanan yang sangat rendah.

Melalui program HouzKEY, pembeli tidak perlu membayar sebarang wang pendahuluan ataupun faedah semasa tempoh pembinaan dijalankan serta dikecualikan yuran guaman dan duti setem untuk Perjanjian Jual Beli (SPA).

Bagaimanapun, pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur 18 hingga 70 tahun dan sudah mempunyai lebih daripada satu pinjaman perumahan sebagai syarat kelayakan permohonan menerusi HouzKEY.

WhatsApp Image 2023-04-17 at 11.01.18 AM

Agile Bukit Bintang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur berhampiran Pusat Perubatan Prince Court.

Agile Bukit Bintang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur berhampiran Pusat Perubatan Prince Court yang hanya 180 meter dari Kelab Golf Diraja Selangor, 350 meter dari Tun Razak Exchange, dan jarak pejalan kaki yang hanya memerlukan tiga stesen MRT.

Menariknya, ia juga berdekatan dengan kawasan mewah dan kemudahan fasiliti yang terdapat di Bukit Bintang.

Dilengkapi dengan ruang taman di tingkat atas yang menawarkan landskap indah bandaraya Kuala Lumpur, pembeli tentunya akan terpukau dengan pemandangan bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas, Menara KL, The Exchange 106, dan Merdeka 118.

Pelan perumahan itu menawarkan enam jenis rumah yang berbeza dengan saiz antara 625 hingga 1,139 kaki persegi.

Dalam pada itu, projek berkenaan telah mengadakan majlis 'topping-out' pada tahun lalu dan ia dijangka siap menjelang akhir tahun ini yang secara tidak langsung akan menjadi bangunan mercu tanda di Bukit Bintang.

Sebarang butiran lanjut berkaitan HouzKEY, boleh melayari pautan https://www.maybank2own.com/portal/ dan sebarang maklumat lanjut mengenai pembelian Agile Bukit Bintang, hubungi talian +60 17 634 3383 atau lawati laman sosial Facebook:https://www.facebook.com/agilepropertyinternational. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram