[VIDEO] Dugaan Ramadan, khemah peniaga rosak diterbangkan ribut di Pantai Remis


  • Massa
  • Isnin, 03 Apr 2023

Kawasan tapak perniagaan di Pantai Remis yang terjejas ekoran daripada kejadian angin ribut pada Ahad.  — WhatsApp

HUJAN dan angin ribut melanda sekitar kawasan Pantai Remis dekat Kuala Selangor, Selangor pada Ahad menjejaskan beberapa tapak perniagaan terbuka di kawasan tersebut sehingga menerbangkan khemah jualan.

Menerusi video tular dan beberapa gambar dikongsikan orang awam menerusi aplikasi WhatsApp, kejadian itu turut menyebabkan beberapa pokok tumbang di kawasan tersebut.

Dalam video tular berdurasi 16 saat yang dirakam oleh orang awam beberapa tapak perniagaan terbuka itu mengalami kerosakan teruk.

Menerusi tinjauan di Facebook, seorang peniaga Firdaus Arshad Daus, kedainya yang terletak di Tapak Penjaja Pantai Remis turut terjejas ekoran daripada angin ribut berkenaan.

"Salam, hai, saya Daus. Kedai Kami di Pantai Remis Jeram, Kuala Selangor habis dipukul ribut," tulisnya.

Individu berkenaan turut berkongsi satu video dan beberapa keping gambar keadaan kedai miliknya yang dipercayai rosak teruk.

Majoriti sedang cuba menghubungi individu tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram