Lorong kiri Lebuh Raya PLUS Ipoh Utara terpaksa ditutup akibat tanah mendap


  • Massa
  • Rabu, 05 Apr 2023

Mendapan tanah dilaporkan berlaku di lebuh raya PLUS menghala ke Ipoh Utara pada Khamis.

KECOH di laman media sosial apabila sebuah laluan di lebuh raya PLUS menghala ke Ipoh Utara berdekatan dengan Gunung Lang dilaporkan mendap dan berlubang pada Rabu.

Situasi itu mengakibatkan lorong di sebelah kiri laluan berkenaan terpaksa ditutup susulan kerja penyelenggaraan sedang giat dilakukan ketika ini.

Perkara itu disahkan menerusi laman Twitter rasmi @plustrafik yang memaklumkan aliran trafik bergerak perlahan di laluan terbabit ekoran berlaku mendapan tanah di situ.

Dalam pada itu, orang ramai diminta memandu dengan berhati-hati dan kerja baik pulih itu dijangka dapat diselesaikan secepat mungkin pada Khamis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram