[VIDEO] Polis buru lelaki berkopiah, rembat kereta bilal masa terawih di Rompin


  • Tular
  • Khamis, 30 Mac 2023

Tangkap layar seorang lelaki melarikan sebuah kereta di Masjid Tanjung Gemok, Rompin, Pahang pada Selasa.

TINDAKAN seorang individu lelaki yang didakwa mencuri sebuah kereta di Masjid Tanjung Gemok, Rompin, Pahang pada Selasa hangat diperkatakan di media sosial.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika solat terawih apabila suspek berbaju biru itu dilihat tenang melarikan kenderaan terbabit tanpa disedari mana-mana pihak.

Dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV), pemuda terbabit dipercayai mempunyai kunci kereta terbabit selepas mudah menghidupkan enjin sebelum beredar dari lokasi kejadian.

Difahamkan, kenderaan itu merupakan milik salah seorang bilal di masjid tersebut dan sehingga kini pencuri masih belum ditangkap.

Dalam pada itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin, Pahang, menerusi laman Facebook sedang giat menjalankan pemantauan secara berkala di masjid sekitar Rompin sewaktu solat terawih ditunaikan.

Anggota polis menerusi Unit Rondaan Bermotosikal dan Cawangan Kereta Peronda (MPV) memantau persekitaran masjid bagi membantu sebarang perlakuan jenayah seperti kecurian kenderaan yang dilaporkan.

Angota-anggota yang terlibat turut menunaikan solat terawih bersama jemaah lain dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta hadir ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Belum ada sebarang tangkapan dilaporkan setakat ini dengan pihak polis masih giat menjalankan siasatan dan memburu suspek. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram