[VIDEO] Baru 10 minit ke kedai, ibu 4 beradik malang dapat tahu rumah dijilat api


  • 112
  • Khamis, 30 Mac 2023

Anggota bomba memeriksa rumah yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar yang mengorbankan empat kanak-kanak berusia tiga, empat, enam dan lapan tahun.

KEBAKARAN yang menyebabkan empat beradik maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, Muar, Johor pada Rabu dipercayai berpunca daripada daripada litar pintas.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, litar pintas itu mungkin berlaku di kawasan dapur.

Namun, siasatan masih dijalankan oleh polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran.

"Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 7.49 malam Selasa itu, ibu kanak-kanak berusia 31 tahun itu pergi ke kedai berhampiran untuk membeli barangan keperluan mereka manakala bapa mereka, warga Myanmar berusia 30 tahun, turut keluar bekerja di sebuah restoran.

“Ibunya berkata, dia hanya keluar sekitar 10 minit apabila menerima panggilan daripada jiran memaklumkan tentang kebakaran itu.

“Bagaimanapun, ketika dia bergegas pulang, api sudah marak dan dia tidak dapat masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan anak-anaknya,” katanya dalam sidang media di tempat kejadian.

Tambah Raiz lagi, menurut maklumat yang diperoleh daripada ibu mangsa, mereka a tidak mempunyai televisyen dan peralatan elektrik seumpamanya di rumah

Apabila pihak Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian pada jam 8.10 malam, api pun membakar lebih kurang 80 peratus rumah yang terletak di Lorong Haji Muhammad, Jalan Ismail.

Anggota bomba memadamkan kebakaran dalam beberapa minit sebelum menjalankan pencarian mangsa dan menemui mayat kanak-kanak berusia tiga, empat, enam dan lapan tahun yang tidak sedarkan diri di dalam bilik air.

Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

Menurut Raiz lagi, ada dalam kalangan jiran berkata mereka terdengar jeritan dari dalam rumah ketika kebakaran itu.

"Jadi kami percaya kanak-kanak itu masih hidup ketika kejadian.

“Mayat dua lelaki dan dua perempuan itu dihantar ke Hospital Muar untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram