Janda Baik salah satu port menarik untuk 'camping'


  • Hobi
  • Selasa, 07 Mac 2023

Rasai pengalaman menarik camping bersama keluarga.

AKTIVITI berkhemah atau "camping" adalah satu perkara yang wajib ada dalam senarai bagi mereka yang gemar dengan suasana alam sekitar yang menenangkan.

Menikmati pemandangan dan keindahan alam semula jadi merupakan satu terapi yang boleh dilakukan bagi menghilangkan tekanan kerja serta kehidupan seharian.

Rasai sendiri pengalaman berkhemah ditemani pemandangan flora dan fauna dan suasana nyaman dengan mendengar deruan bunyi yang mengalir.

Berikut merupakan destinasi menarik untuk melakukan aktiviti camping bersama keluarga.

payung

Kawsan persekitaraan Payung Getaway Campsite & RV Park.

1. Payung Getaway Campsite & RV

Terletak di kawasan pesisir pantai dan berhampiran dengan sungai, Payung Getaway Campsite & RV Park adalah salah satu destinasi menarik yang boleh dikunjungi oleh semua orang.

Antara perkara yang unik bagi pengunjung adalah mereka boleh memilih sama ada ingin mandi di sungai atau pantai yang mana merupakan satu kelainan bagi sesiapa sahaja.

Selain itu, pengunjung tidak perlu risau mengenai makanan kerana lokasi itu berhampiran dengan gerai makan.

Lebih menarik lagi, tempat untuk mengecas peralatan elektronik,tandas serta tempat mandi turut disediakan.

Lokasi tapak perkhemahan itu adalah terletak di Kampung Cherating, Kuantan, Pahang dan beroperasi setiap hari bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

riverside

Riverside Camp menjanjikan ketenangan untuk pengunjung dengan suasana yang nyaman.

2. Riverside Camp, Gopeng

Riverside Camp menyediakan peralatan untuk aktiviti memanggang atau BBQ kerana mempunyai kawasan yang luas dan mudah untuk diakses.

Terletak di lokasi yang sesuai untuk menerokai kawasan sekitar atau untuk menghabiskan beberapa hari bersantai, menikmati suasana alam semula jadi yang menakjubkan.

Riverside Camp terletak di antara keindahan semula jadi yang luar biasa dengan pemandangan batu kapur, sungai dan hutan yang amat menakjubkan.

Riverside Camp menawarkan tempat yang selesa dan indah untuk mendirikan khemah anda dan memasang kereta atau van perkhemahan. Selain itu, pihak pengurusan mereka menawarkan tapak perkhemahan, perkhidmatan yang mesra dan banyak lagi.

Tapak perkhemahan tersebut terletak di Gopeng, Perak dan waktu operasi adalah 24 jam setiap hari.

yunkai campsite

Lokasi berkhemah seakan sama dengan suasana di luar negara.

3. Yunkai Campsite

Yunkai Campsite merupakan lokasi berkhemah yang menjanjikan suasana seperti di luar negara memandangkan lokasinya berhampiran Genting Highlands, Pahang.

Pemandangan gunung berkabus sambil menikmati cuaca sejuk di waktu pagi sangat sesuai untuk mereka yang sukakan suasana sebegitu.

Kemudahan seperti tandas, dapur, elektrik dan banyak lagi juga disediakan bagi memberi keselesaan kepada pengunjung yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Lokasinya terletak di Bentong, Pahang dan waktu beroperasi adalah 24 jam setiap hari.

santai riverside

Berkhemah sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

4. Santai Riverside

Santai Riverside terletak di Janda Baik, Pahang hanya mengambil masa satu jam perjalanan menaiki kereta dari Kuala Lumpur.

Kawasan itu sangat sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga apatah lagi sekiranya membawa anak-anak untuk aktiviti beriadah.

Pengunjung juga tidak perlu risau kerana pihak pengurusan turut menyediakan kawasan pengecasan peralatan elektronik dan tandas turut disediakan.

Lokasi terletak di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang dan beroperasi 24 jam setiap hari.

329170343_694761982131535_2322830691038238853_n

Pelbagai aktiviti menarik yang boleh disediakan hanya di Kem The Woods Ulu Yam.

5. Kem The Woods Ulu Yam

Kem The Woods merupakan tempat yang sesuai untuk mereka yang ingin mencari ketenangan dan keselesaan terutamanya bagi warga kota.

Selain aktiviti berkhemah, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti BBQ, jungle trekking dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, kemudahan seperti kolam renang, karaoke dan memancing juga disediakan khususnya untuk mereka yang suka aktiviti santai.

Lokasi terletak di Jalan Sungai Tua Ulu Yam, Selangor.

Pengunjung juga boleh datang bila-bila masa kerana Kem The Woods sentiasa dibuka 24 jam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Camping, berkhemah, sungai, pantai, destinasi