KETIKA negara dilanda dengan wabak virus Covid-19, industri fesyen tidak terkecuali terkena tempias khususnya dalam penjualan material secara fizikal.
Namun setelah dua tahun berlalu, pemain industri tersebut semakin rancak dan kembali aktif terutama bagi meraikan kedatangan Ramadan dan Syawal tahun ini.
Bersempena dengan itu, syarikat perbankan CIMB Group mengadakan Bazar Siberturrahim Fashion Fest 2023 di Sime Darby Property KLGCC, Petaling Jaya, Selangor bermula Khamis hingga 5 Mac depan.
Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic, Ahmad Shahriman Mohd Shariff, berkata, acara tersebut diakaan sempena merayakan sambutan Hari Wanita pada 8 Mac depan.
Ahmad Shahriman merasmikan acara Bazar Siberturrahim Fashion Fest 2023 di Sime Darby Property KLGCC.
“Kita tahu wanita banyak memberi sumbangan kepada keluarga dan masyarakat. Peranan mereka bukan sahaja mendidik, tetapi turut sama-sama berjuang meningkatkan ekonomi negara.
“Majlis ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap pengurusan kewangan kepada wanita dan tarikan kepada pelancong,” katanya ketika ditemui di Pelancaran Bazar Siberturrahim Fashion Fest 2023 pada Khamis.
Program yang berlangsung selama tiga hari itu turut disertakan dengan majlis Pelancaran Buku Mengharungi Badai Ekonomi oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Aziz pada Jumaat di Sime Darby Property KLGCC.
Selain itu, terdapat juga program bual bicara bersama tetamu jemputan antaranya usahawan pempengaruh, Viviy Yusof; pereka fesyen Omar Ali, Sulaiman Idris dan penasihat kewangan, Faiz Azmi (Financial Faiz).
Antara jenama fesyen yang terlibat sepanjang program tiga hari itu ialah Pink Jambu, Omar Ali, Lilit, NR Execlusive, Carro, Anuar Faizal, 3THELABEL, Sri Candy, Bahari Asyek, Larney dan Radzuan Radziwill.
Untuk rekod, sebanyak 14 pereka fesyen bekerjasama menjayakan program tersebut manakala tujuh daripada wanita. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram