CIMB Music Run kembali lagi selepas tiga tahun hiatus


  • Massa
  • Khamis, 01 Dis 2022

CIMB Music Run sebelum ini tertunda selama tiga tahun akibat pandemik Covid-19.

SEKIRANYA anda gemar berlari dengan alunan muzik sebagai bunyi latar, anda perlu sertai program ini.

CIMB telah meneruskan semula program Music Run selepas tiga tahun tertunda akibat pandemik dan Program ini akan berlangsung pada Sabtu (3 Disember 2022) di Technology Park Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Bagi anda yang tak pernah dengar mengenai CIMB Music Run, secara ringkasnya ia adalah acara larian yang diiringi muzik.

Diberi jolokan “Parti Paling Sihat” di Asia, seramai 18,000 peserta direkodkan menyertainya setiap tahun daripada 2017 hingga 2019.

Di akhir program, peserta boleh menyejukkan badan dengan menyertai pertunjukkan Live The Beat, konsert yang disertai pemuzik-pemuzik terkenal.

Tahun ini, kita ada artis-artis tempatan dan DJ jemputan daripada Australia, DJ Sam Withers dan DJ Jesse Lawrence.

Semua peserta akan menerima kit larian yang mengandungi pingat penyudah edisi terhad, t-shirt, pelekat kereta, pelekat tatu, beg, dan lain-lain goodies menarik daripada rakan-rakan penaja bersama.

Anda boleh dapatkan kit larian di Starling Mall, Damansara Utama, Selangor antara 25 hingga 27 November 2022 ini. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram