[VIDEO] Berpantang ajal sebelum maut, wanita hanya mampu menjerit atap rumah tiba-tiba roboh depan mata di Pahang


  • Tular
  • Rabu, 01 Mac 2023

Tangkap layar kejadian siling runtuh di sebuah kediaman dekat Pahang pada Selasa.

SATU keluarga berdepan situasi mendebarkan dan nyaris maut apabila siling kediaman rumah mereka di Pahang, runtuh secara tiba-tiba pada Selasa.

Kejadian itu difahamkan berlaku susulan hujan lebat yang melanda di negeri itu dan sekali gus mengakibatkan keruntuhan tersebut.

Individu si perakam terlebih dahulu menunjukkan kesan retak di silingnya sambil mengalihkan barangan perabot di kediamannya.

Namun, situasi bertukar serius apabila siling rumahnya roboh dan menghempap beberapa barangan di ruang tamu rumah terbabit.

Difahamkan, tiada kejadian tidak diingini berlaku rentetan insiden tersebut dengan individu berkenaan berjaya melarikan diri saat kejadian tersebut berlaku.

Mengundang rasa cemas dalam kalangan warganet, rata-ratanya menggesa agar mangsa lebih berhati-hati sekiranya berhadapan dengan situasi tersebut.

"Bahaya kalau ada dalam situasi macam ni, sepatutnya terus keluar rumah dan lari jauh-jauh bukan apa takut kena hempap nanti jadi lagi serius masalah," kata Ghanisulong.

"Daripada kesan retak tu je dah tahu memang siling tu akan runtuh, mak cik tu masih lagi boleh berjalan dan alihkan kipas, sebaiknya terus keluar rumah risau kena hempap dan tersepit lagi boleh cedera parah," ujar Salmi Yusuf.

"Apa-apa pun nyawa perlu diutamakan, mesti ada kebocoran di bumbung dan air bertakung di atas, bila berat sangat dia akan runtuh dan satu lagi mungkin sebab binaan yang tak kukuh," jelas Aiman Manjoi.

Majoriti masih berusaha mendapatkan pemilik video terbabit untuk maklumat lanjut dan setakat ini tiada kecederaan serius difahamkan berlaku dalam insiden tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Siling runtuh, Hujan lebat, Banjir Pahang,