AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sememangnya dikenali sebagai seorang pencinta kucing dan kenangan bersama si bulus kesayangannya, Toby sentiasa dimuat naik di laman media beliau.
Namun, tanggal 28 Februari merupakan sejarah pahit buat beliau apabila kucing peliharaannya dikhabarkan sudah mati menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Syed Saddiq di laman Twitter.
Presiden Parti Ikatan Demokratik (Muda) itu memberitahu kucing kesayangannya mati secara tiba-tiba tanpa diduga.
"Begitu tiba-tiba, sangat sedih dan saya sangat merinduinya.
"Terima kasih kerana berada di sana untuk saya dalam masa yang sukar, semoga anda berehat dengan baik di 'syurga kucing'," katanya.
Dalam pada itu, warganet di laman media turut bersimpati dengan perkongsian tersebut dengan rata-ratanya mendoakan agar beliau tabah menghadapi kesukaran tersebut.
"Kehilangan kucing peliharaan ini memang amat dirasai, apa-apa pun syurga tempat kucing itu nanti dan semoga Yb juga terus kuat," kata Mr Azrul Sidek.
"Semoga Yb Syed Saddiq terus kuat, saya faham bagaimana rasanya kehilangan kucing kesayangan dan harap Yb terus menyayangi kucing yang lain juga," ujar Siti Asiah.
"Kami juga akan merindui kucing Toby, selalu sangat lihat dia di laman media Syed Saddiq, semoga ditemukan pengganti dan terus cintakan kucing," tambah Nurul Natasha. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram