Seramai 70,000 termasuk pak imam, bilal dan guru KAFA terima RM600 bayaran khas


  • Massa
  • Jumaat, 24 Feb 2023

Elaun guru KAFA dari  RM1000 dinaikkan sebanyak RM100 kepada RM1,100 dengan peruntukan lebih RM40 juta.

DALAM pembentangan Belanjawan 2023, kerajaan memperuntukkan bayaran khas sebanyak RM600 kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, bantuan tersebut memberi manfaat kepada seramai 70,000 orang dengan melibatkan peruntukan lebih RM40 juta.

"Kita mahu institusi Islam dalam negara Madani ini menjadi contoh terbaik dalam kecekapan pentadbiran.

"Pengurusan paling cekap harus dimulakan di sini dan menjadi markas dakwah yang berkesan yang boleh meningkatkan kefahaman sebenar mengenai Islam," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada Jumaat.

332904658_1268161783739529_7613724034812577461_n

Anwar bersiap sedia untuk melakukan pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, elaun bagi 35,000 guru KAFA dinaikkan sebanyak RM100 dari RM1,000 kepada RM1,100 dengan peruntukan lebih RM40 juta.

Menerusi pembayaran khas itu, Anwar perihatin terhadap usaha mereka membentuk pembangunan Islam dalam masyarakat.

"Saya juga faham peranan besar yang dimainkan oleh imam dan bilal serta guru-guru dalam mengimarahkan fungsi masjid sepertimana firman Allah SWT," jelasnya.

Pembentangkan Bajet 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat itu merupakan belanjawan pertama di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Sebelum ini, Bajet 2023 yang disediakan kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak sempat dibahas dan diluluskan, apabila terbubarnya Parlimen pada 10 Oktber 2022 bagi memberi laluan untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram