Penjawat awam dapat duit raya RM700 sempena Aidilfitri, dibayar April 2023


  • Primer
  • Jumaat, 24 Feb 2023

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada bulan April 2023.

KERAJAAN bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bayaran itu juga diberikan kepada kakitangan di bawah skim kontrak perkhidmatan .

"Kerajaan juga bersetuju untuk memberi bantuan khas sebanyak RM350 kepada pesara kerajaan.

"Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada bulan April 2023," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat.

Pada masa sama, Anwar berkata, kerajaan akan menyediakan subsidi yuran taska RM180 sebulan selain menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah yang layak daripada RM5,000 kepada RM7,000. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram